iman akan lahir Apabila akhirat ada dalam hati

Selamat datang ke laman yang bermaklumat padat dengan ilmu Akhirat.

Salamat datang ke webs ImanAkhir. Anda adalah pengunjung bertuah yang dialu-alukan setiap masa. Jika anda berpuas hati dengan isi kandungannya webs ini, hebahkan kepada rakan-rakan anda, semoga mereka juga mendapat manfaat daripadanya. Artikel yang tersimpan dalam arkib telah disusun mengikut kategori untuk memudahkan anda membuat pilihan. Anda juga turut di alu~alukan menjadi Teman Iman serta sangat di hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Jika anda ada perkara berbangkit mengenainya sila maklumkan kepada iman dan tinggalkan pesanan di contact iman atau chat with iman ya.... sila add iman sebagai rakan anda di faceebook Iman Akhir sebagai rakan anda. Anda juga dialu~alukan untuk mengunjungi laman business Iman Akhir.

MENGENAL ERTI CINTA YANG SEBENAR.

“Cinta itu mensucikan akal, menghilangkan kerisauan, memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan kewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan kepribadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah,” Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudah Al-Muhibbin wa Nuzhah Al-Musytaqin memberikan ulasan mengenai pengaruh cinta dalam kehidupan seseorang. more on Cinta Nan Abadi

Diary seorang wanita.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.  more on Cerita sedih

Wasilah.

Jika seseorang itu dapat memahami dan menghayati bahawa sebab-sebab dan wasilah-wasilah itu mengandungi hikmah yang besar, ia akan membentuk sikap dan peribadinya. Cuma tidak ramai orang yang boleh berbuat demikian dan menghayatinya. Bahkan kebanyakan orang dengan sebab-sebab dan wasilahwasilah itu mereka jadi terhijab dengan Tuhan. Hingga dengan itu tidak nampak lagi kebesaran, kuasa (Kudrat) dan nikmat
daripada Allah SWT. more on berwasilah.

 

Tanbihul Ghafilin  (Peringatan bagi yang lupa)

 Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat." more Peringatan Bagi yang Lupa.

 

Hadits Saat Jibril Menjelaskan Neraka Kepada Rasulullah SAW.

 

Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?" Jawabnya: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristien (Nasara) bernama Sa'ie."

                        Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w sehingga Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawab Jibril: "Didalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi Muhammad s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?" Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu." more on this story...

Syarat dan adab kunci kejayaan.

Oleh: Ustaz Juzaili Juhan 

Syarat serta adab yang akan disebutkan ini adalah petikan daripada kalam Ibnu 'Ajibah di dalam kitabnya Al-Futuhat Al-Ilahiyah Fi Syarh Al-Mabahith Al-Asliyah. Kitab dalam ilmu Tasawwuf yang sedang saya pelajari dengan guru kami, Al-SyeikhDr. Muhammad Muhanna (hafizahullahu ta'ala) di anjung Atrak Masjid Al-Azhar. Syarat serta adab yang disebutkan oleh Ibnu 'Ajibah sangat menarik dan menyentuh hati, kalimah yang digunakan sangat halus dan teliti.

Telah berkata murabbi, guru kami Al-Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani :

"Kalam auliya' Allah adalah kalam yang mempunyai nur yang Allah ilhamkan ke dalam hati hambaNya yang dikasihi."


Pada dasarnya syarat dan adab yang disebutkan itu adalah bagi seorang al-faqer atau al-sufi (seorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T), namun saya adaptasikan syarat dan adab seorang sufi kepada syarat dan adab seorang tolibul ilmi kerana matlamat kedua-duannya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah (mardhatillah) mengharapkan cahaya hidayah Allah yang dapat menerangi kegelapan hati. Sebagaimana terdapat ungkapan syair arab :

فإذا لم يعنك الله فيما تريده # فليس لمخلوق إليه سبيل
وإن هو لم يرشدك في كل مسلك # ضللت ولو أن السماك دليل

Maksudnya :

Sekiranya Allah tidak memberi inayahNya (bantuan) terhadap apa yang kamu inginkan # Maka tidak akan ada jalan untuk sampai kepada apa yang dihajatinya 
Sekiranya Allah tidak memandu kamu pada setiap langkah yang diatur #
 
Nescaya akan sesat sekalipun kamu jadikan langit sebagai petunjuk

Oleh yang demikian, bagi memperolehi inayah dan irsyad daripada Allah S.W.T tidak dapat tidak bagi seorang penuntut ilmu itu memperlengkapkan dirinya dengan syarat-syarat serta adab-adab ilmu sebagai sebab kelayakan untuk beroleh kejayaan tersebut.

Lapan syarat bagi seorang penuntut ilmu :

 

1. Niat yang sahih : قصد صحيح


Seorang penuntut ilmu haruslah meletakkan niat yang betul dan sahih iaitu semata-mata kerana Allah taala serta berusaha untuk mewujudkan ruh keikhlasan di dalam amalan sebagaimana kata-kata Al-Syeikh Ibnu 'Atoillah Al-Sakandari dalam kitabnyaAl-Hikam :

الأعمال صور قائمة وأرواحها وجود سر الإخلاص فيها

Maksudnya : "Sesuatu amalan itu adalah merupakan gambaran kerangka luar, adapun ruhnya ialah wujudnya rahsia keikhlasan di dalam amalan tersebut."

Oleh itu, seorang penuntut ilmu itu mestilah berusaha untuk mewujudkan rahsia keikhlasan di dalam dirinya, namun apakah tanda seseorang itu ikhlas dalam amalannya? Soalan yang pernah saya ajukan kepada murabbi serta guru tariqat kami (Al-Tariqat Al-Siddiqiyyah Al-Syazuliyah), iaitu Maulana Al-Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani (Hafizahullahu Taala) sewaktu bermusafir bersama beliau ke Humaitharah menziarahi maqam Al-Syeikh Abu Hassan Al-Syazuli. Beliau menjawab :

"Tanda seseorang itu ikhlas dalam amalannya ialah sentiasa istiqamah dalam melakukan amalan serta sentiasa merasakan diri serba kekurangan ketika melakukan amalan tersebut."

bersama Maulana Al-Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani
dihadapan pintu masuk maqam Abu Hassan Al-Syazuli

2. Keyakinan yang jelas : صدق صريح

 

Tolibul ilmi hendaklah meyakini bahawa bidang yang diceburinya adalah merupakan sebahagian daripada pilihan dan ketetapan Allah S.W.T yang tidak patut dipersiakan bahkan menyakini akan kelebihan dan ganjaran terhadap penuntut ilmu yang ikhlas sebagaimana hadis S.A.W yang dikeluarkan oleh Imam Al-Tirmizi dalam kitab Jamie'nya daripada Abu Hurairah R.A :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ )
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ

Maksudnya : "Rasulullah S.A.W telah bersabda : Barangsiapa yang menjejak kakinya ke jalan semata-mata untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan jalan baginya untuk sampai ke syurga."

 

3. Memiliki Adab yang diredhai : آداب مرضية

 

Menjadi kewajipan bagi penuntut ilmu untuk menghiasai diri dengan adab yang diredhai oleh Allah dan RasulNya sama ada terhadap ilmu mahu pun terhadap guru, rakan-rakan serta orang lain serta diri sendiri. Telah berkata guru kami Al-Syeikh Dr. Muhammad Muhanna sewaktu mensyarahkan kitab Al-Futuhat Al-Ilahiyah karanganIbnu 'Ajibah ini :

 

"Adab merupakan kunci, barangsiapa yang tidak memiliki adab maka tidak dapat untuk memasuki melalui pintu untuk sampai kepada Allah S.W.T"

 

Kadang kala ramai di kalangan penuntut ilmu tidak mengambil berat tentang persoalan adab seolah-olah ianya adalah perkara kecil. Bukankah baginda nabi Muhammad S.A.W diutuskan bagi menyempurnakan akhlak?

عن أبى هريرة رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( انما بعثت لاتمم مكارم الاخلاق
أخرجه البيهقي في السنن الكبري

Maksudnya : "Daripada Abi Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda : Sesungguhnya aku diutuskan (oleh Allah S.W.T) bagi menyempurnakan akhlak."

4. Memiliki perihal yang baik : أحوال زكية

 

Di samping itu, seorang penuntut ilmu itu hendaklah menghiasi dirinya dengan perihal yang baik bertepatan dengan syariat Islam agar tidak menzalimi diri sendiri serta orang lain. Maka penuntut ilmu haruslah berusaha untuk memperbaiki perihalnya daripada baik kepada yang lebih baik melalui jalan mujahadah kerana kita tidak terlepas daripada godaan syaitan dan nafsu. Kadang kala Iman kita bertambah dengan perkara ketaatan dan kadang kala akan berkurangan dengan perkara maksiat yang dilakukan.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Tahrim ayat 6 :

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

Maksudnya : "Wahai orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu (berhala)..."

Insyallah bersambung akan datang...

 

 

 

Chat with Iman

 


 

 

 


MUTIARA HADIS NABI SAW.

"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)

 

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

KISAH IBLIS YANG INGIN BERTAUBAT DAN TIDAK DITERIMA.

Iblis, dengan segunung catatan kejahatan dan dosa dosa paling mengerikan, tiba tiba terbersit dalam hatinya untuk bertaubat memohon keampunan kepada Allah yang telah menciptakannya.

Iblis sebagai panglima terdepan yang mengajak semua orang untuk menentang Allah tiba-tiba berbalik dan berniat taubat. Allah tidak pernah menutup pintu taubat bagi siapa saja yang mau bertaubat, tak terkecuali bagi Iblis sang penentang yang nyata. Bahkan ampunan Allah jauh lebih besar dibanding dosa apapun yang dilakukan makhluknya. Selama kematian belum datang, maka pintu taubat masih terbuka. Hal ini berlaku untuk seluruh makhluk taklif iaitu makhluk Allah dari jenis Jin dan Manusia. Dan Iblis masih segar bugar, jadi kesempatan taubat masih ada. Apakah taubat Iblis diterima Allah? Tentu! Kerana Allah Maha Pengampun. Lalu bagaimana cara dia bertaubat?

Iblis tentu saja kenal Jibril sang pemimpin para malaikat. Iblis diberitahu Jibril bahawa hanya ada tiga syarat bertaubat,

1. Istighfar (memohon ampun kepada Allah dengan sungguh-sungguh)

2. Menyesali semua dosa yang pernah diperbuatnya serta bertekad kuat untuk tidak lagi mengulanginya.

3. Laksanakan semua perintah Allah tanpa menawar

Diluar dugaan Iblis melakukan ketiga syarat tersebut dengan benar bahkan dalam waktu yang sungguh sangat cepat. Hal ini sangat masuk akal, mengingat Iblis termasuk salah satu Jin yang sangat cerdas. Apalagi didukung dengan umur Iblis yang sangat panjang sejak sebelum Adam sampai sekarang (lebih dari 11 ribu tahun), tentu pengalaman dan pengetahuannya tak ada manusia dan jin yang mampu menyamainya.

Tetapi ternyata usaha pertaubatannya terhenti pada satu perintah Allah pada syarat ketiga.

Jibril: Memohon ampunan dan menyesali dosa telah kau lakukan, dan hampir seluruh perintah Allah yang engkau sanggupi telah engkau lakukan, sekarang masih ada satu lagi perintah Allah yang harus engkau lakukan, apakah kau sanggup?

Iblis: Sanggup

Jibril: Baiklah. Allah memerintahkanmu untuk mendatangi kuburan Adam, bersujud pada Adam dan bersaksi bahwa Adam adalah makhluk yang dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifah, pengurus, pengembang tanggung jawab di bumi. (Iblis terdiam)

Jibril: Bagaimana? Apakah engkau sanggup? Sungguh tinggal satu hal ini saja yang belum pernah engkau lakukan sejak Adam diciptakan dahulu. Setelah beberapa kali Jibril bertanya akhirnya Iblis menjawab,

Iblis: Aku diciptakan dari api sedangkan Adam diciptakan dari tanah. Aku lebih baik daripada Adam. Tapi kenapa aku yang harus sujud kepada Adam? Bukankah seharusnya Adam yang sujud kepadaku? Dulu Adam masih hidup, dan aku tak sudi bersujud padanya, apalagi sekarang dia sudah dimakan tanah. Takkan pernah aku berubah fikiran dalam hal ini. Kehadiran Adam membuatku tersingkir dari kedudukan mulia bersama malaikat. Sakit hatiku masih tersisa. Dahulu, hari ini dan sampai kiamat, aku tetap takkan sudi bersujud kepada Adam.

Jibril dan seluruh malaikat adalah makhluk mulia yang punya kedudukan yang sangat tinggi disisi Allah. Para malaikat yang teramat mulia semuanya tunduk pada perintah Allah termasuk ketika diseru untuk bersujud kepada Adam.

“Dan ingatlah ketika Kami serukan kepada para malaikat “Bersujudlah kalian semua kepada Adam” maka semuanya bersujud kecuali Iblis. Iblis enggan bersujud dan takabur (sombong). Dan (dengan demikian) Iblis termasuk orang yang ingkar (kafir)”

PAUTAN LINK

   WAKTU SOLAT             JAKIM

         PDRM              TAFSIR MELAYU

     IslamGRID         AL MUTTAQIN


Follow me on Twitter

VISITORS COUNTER